Lawati OpenAI

Tuesday, 24 February 2015

Reflection :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hmph. Bukan takmau post entry. Tapi kemalasan. Serious banyak gila story nak update kat sini. Tapi masalah prasarana dengan kemalasan membuatkan niat ja ada tindakannya terbantut. Semenjak pakai laptop yang mempunyai keyboard yang berfungsi dengan baik ini, kerajinan nak bukak laptop membuak-buak. Eceh, ayat tak boleh belah.

Sebab lama sangat tak update blog ni, cerita jadi banyak taktau nak story apa. Okay takpa, patik share story semester 1 kat USM ni dulu okay jugak nohh. Bukan apa, sebagai nukilan yang boleh kita recall balik di kemudian hari. Bukan untuk sapa pun. Diri sendiri jugak. Ye dok?

Okay, bring it on!

Alhamdulillah, dah start semester 2 for a past few days. Baru sangat start 2 hari lepas. Berat hati sungguh nak tinggal rumah. Awat dak, 5 minggu lebih jugak la dok bawah ketiak mak ja. Ni pun baru balik dua hari dah rindu. Gedik tak? Hehe.
Nak buat kesimpulan semester 1 ni, taktau nak start macam mana. Ya laa patik ni bukan la smart student yang dapat dean list nak share tips-tips yang berguna. Hanya insan yang biasa-biasa sahaja yang terhegeh-hegeh nak buat blog bajet macam Hanis Zalikha.
Perghh, tak sampai punchline weh. Hambar-hambar.

To be honest, semua orang cakap first year and first sem ni titik permulaan seseorang tu whether dia boleh perform well tak on their first degree. Patik  rasa statement tu boleh jugak diguna pakai even though aku punya result tak dak la gempak gila monyet. Setimpal dengan usaha la derr.
Rasa menyesal jugak la tak bagi all out. Agak tak serious la. Bayangkan patik tak tau apa yang patik belajar time attend kuliah.hanya tersedar dari lamunan time study week. Tu pun one week before exam. Teruk. Lecture sepatutnya kena take serious tapi nak buat macam mana, maybe sebab riak kot. Dapat masuk APEX University jadi bongkak ingat dah pandai, perhaps. Attendance pun macam lampu liplap lah, paling teruk time dekat-dekat nak habis syllabus. Berenang atas katil kat bilik la jawab dia. Tak pun balik rumah. Home sweet home, sapa tak suka balik rumah kan. Aku yang kerap balik pun rindu rumah. Sapa tak suka rumah tu patik tak salahkan dia and bukan salah ibu mengandung mungkin dia tak suka jiran dia. Or mungkin sebab-sebab lain yang munasabah. Okay dah habis menyesali diri pasal lecture.

Now nak share pasal study week pulak. Patik rasa kan study week seminggu tu cukup sebab nak recall balik apa yang dah kita belajar. Kalau banyak-banyak sangat serious boleh kena nausea. Tak pasai kalah ibu mengandung. Hehe, punchline. Okay fine, hambar. Again. Tapi bila cuti lama-lama tak study rasa menyesal pulak. Last sem lecture plus tutor habis awal so, patik ada almost 4 weeks for preparation nak perang. Kira nak isi bullet apa semua time ni lahh. Tapi dah patik balik rumah for 2 weeks memang tak tadi kerja la kan. Tapi patik tak rasa factor ni yang yangmenyebabkan result patik ni tak gempak. Mungkin factor lain atau yang lebih relevan lagi tak dak rezeki lagi. Nanti dah tersedorr yang hati ni tak sadooo lagi. InShaaAllah semester 2 ni dah turn 20. Be matured please. Gemukkan hati plus jaga diri as muslimah yang HAVOC. 

Sekian coretan buat kali ni, ecehh. Macam surat tak rasmi time UPSR. Tak hambar kan? Yehh! :P


p/s: since now, I even didn’t know what does havoc means. Anyone?

No comments:

Post a Comment