Lawati OpenAI

Friday, 26 April 2013

Destiny :)


Bismillahhirrahmanirrahim,

Kolej Matrikulasi Selangor. Yupe, tak salah lagi. Memang dah tertulis aku akan dapat Matrik kat sini. Aku hanya perlu redha dengan pemberian-Nya. Semalam check kat link provided by Aimi. Nak view tu macam terkeluar jantung. Haha! Tengok-tengok Selangor kauu. Mak aihh awat dekat sangat. Dah tu, tak sama dengan orang lain, budak kelas aku mostly semua dapat Changlun, Kedah. But wait, bukan aku sorang ja yang dapat Selangor ni, Zafi pun. Ish, KPM ni macam mana dia manage students ehh? Main shuffle je kot. Tak pasal aku dengan Zafi dapat sampai jauh. Aku harap KMPP ka. Dekat, senang nak pegi balik. Tambah pulak aku ni tak pernah dok hostel. Harap maklum. Heh, pasal matrik ni, nak kata excited tak la, rasa menyampah tak jugak. It’s seems something new for me, so I bear with it. Nak tak nak it was my destiny. Kena terima dengan hati yang terbuka.

Mummy ku pulang petang 25th April.

Aku cakap Selangor, muka dia macam haa? At the same time dia mai tengok surat tawaran tu. Then dia start fikir. HOW? Haha, segala transport nak hantar aku la, tengok peta Banting tu kat mana. But, I can see those eyes really doesn’t allow me to go. Yela, aku paling lama stay dengan dia. Hamper 90 percent benda dalam rumah ni aku yang manage. Lepas cakap-cakap dengan dia, dia pegi mandi. After that, I saw her. CRYING?  Tapi takdakla teresak-esak. Just mengalir tapi dia tak tunjuk kat aku. Aku je nampak. Aku tau dia sedih, tapi nak buat macam mana kan. Sebelum ni pun dia selalu cakap nanti macam mana la kalau aku ni takdak. Haha, Whda ko jangan budget bagus sangat. Hihi.

Lambat lagi kan, lagi sebulan. Aku tunggu maktab je ni. UPU taknak ahh. 
Bukan pandang serong ke apa ke tak. I’ve my own opininion. Siap ada list lagi.

First, aku akan tunggu maktab. Kalau tak dapat.

Second, hello Matrik. Hihi:P . Kalau tak dapat jugak.

Third, baby come back to school. Yeh, Form 6. Hehe, tak dapat lagi?

Fourth, I’ll choose UPU.

Fifth? Haha, takde dalam list. Jadi surirumah terus la. Senang.

Hahah! Aku buat list based on apa yang aku dengar orang ramai cakap. Aku letak upu last bukannya apa. Aku rasa 2.5 - 3 years diploma lama sangat kan? Kenapa aku nak waste kan masa aku kalau ada yang lagi singkat kan? Plus UPU for lepasan SPM, courses dia sangat terhad. Yang banyak engineering. But it ain’t my passion. Sangat takdak minat di situ. Asasi?  Aku taktau la kenapa aku macam tak pilih dia, aku rasa sebab mostly yang amek asasi sains ni akan pegi flow medic sebab dekat U ni selalu nya lepas habis asasi diorang for sure akan sambung degree in medical studies la. For me, doctor? Atau seangkatan dengannya, aku nak elak la. Mana ada orang buat asasi sains hayat kat UM contohnya, tiba-tiba amek degree education. Tak ke pelik? Orang mesti cakap buang masa belajar medical science.

Yupe, I know hampa mesti cakap kan. Matrik pun sama la. Nope it isn’t. At least matrik kita akan isi semula borang UPU. So for science students sangat luas courses dia. And tak semestinya jadi doctor atau sama waktu dengannya. As for me, kalau boleh la nak pegi flow in education but still saya budak science yang taknak jadi doctor. Haha! Macam nak hapuskan perspektif orang. Kalau amek pure science ja mesti nak jadi doctor ni. Ishh, tak paham. And kalau kita cakap nak jadi pendidik. Mula lah orang kata, belajar sains dua-tiga tahun jadi cikgu je. JE? Hello? Kerana cikgu la ada doctor sekarang ni. Hishh, menyampah orang macam tu.

One more thing asasi sains hayat ada Physics. And sedia maklum aku dengan Physics memang takdak jodoh sejak azali lagi. Kalu boleh nak elak la. Dekat matrik pulak, ada akak baik tu cakap kita boleh mohon tukar module. Kan dia ada 3. Satu yang ada Phy, Chem, Bio. Satu takdak Bio and satu lagi takdak Phy. Aku harap dapt third module tu la. Tak dak Phy. Hehe, kalau tak boleh tukar jugak nak buat macam mana kan? Try the best je lah.

So, aku rasa opinion aku ni boleh diguna pakai oleh aku sorang ja kot. Haha, setiap orang ada pendapat dia sendiri. Aku just nak share. Macam la ada orang nak baca pendapat aku ni haa :P


p/s: Bicycle aku kena curi lagi. Aku sabar >..<


No comments:

Post a Comment